Webinar Dana Pengkomersialan: Apa yang Perlu Anda Tahu?
-
AuthorPasukan Penilaian Teknologi, MRANTI
-
LevelBeginner to Intermediate
-
Study Time50 Minutes
-
-
Pengenalan Dana Pengkomersialan
Dana Pengkomersialan ialah inisiatif pembiayaan strategik di bawah RMK13 untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi tempatan ke pasaran sebenar. Program ini menyokong inovasi yang telah bersedia dari segi teknikal dan pasaran melalui pembiayaan pemangkin, pemecut pengkomersialan berstruktur dan akses kepada ekosistem inovasi nasional.
Pasukan Penilaian Teknologi, MRANTI
Notis Penting:
Permohonan Dana Pengkomersialan telah dibuka
pada 1 Mac 2026 sehingga 15 April 2026.
Sila layari laman web mranti.my/dana
pada 1 Mac 2026 sehingga 15 April 2026.
Sila layari laman web mranti.my/dana
Mengapa Sesi ini Penting Untuk Anda?
Dana Pengkomersialan bukan sekadar pembiayaan, tetapi satu peluang untuk mempercepatkan perjalanan inovasi anda ke pasaran.
Sertai webinar ini untuk mendapatkan kefahaman yang jelas tentang bagaimana dana ini dapat membantu merapatkan jurang antara pembangunan teknologi dan penerimaan pasaran, khususnya dalam fasa kritikal pengkomersialan.
Melalui sesi ini, anda akan memperoleh panduan terus mengenai jangkaan penilaian, keperluan kesiapsiagaan, serta strategi untuk meningkatkan peluang kejayaan permohonan anda.
Menjelang akhir sesi ini, peserta akan:- Memahami objektif dan fokus utama Dana Pengkomersialan.
- Mengetahui kriteria kelayakan serta keutamaan pembiayaan.
- Memahami peranan dana dalam merapatkan jurang antara R&D dan pasaran (“valley of death”).
- Mengenal pasti tahap kesiapsiagaan teknologi dan komersial inovasi masing-masing.
- Memahami elemen penting yang dinilai dalam proses penilaian permohonan.
- Mendapat panduan praktikal untuk memperkukuh cadangan dari segi strategi pasaran dan penskalaan.
- Memahami objektif dan fokus utama Dana Pengkomersialan.